Wednesday, April 29, 2015

Is there anyone here?

Oh Hai,

2015, not a bad year, really..maybe this time i'll get a chance to climb on the ladder without much distraction. I know its late and long overdue but better than never right guys?right? well if u must ask what im babbling on right now, i am talking about my progression in life. Funny,  i actually care about myself, hah.

I literally have nothing under my name except debts until come 2014(still got debts), got a no brainer job, got little bit of this and that from the earning, get myself something i enjoy so i can ignore my feeling and thought about what people might think of me having a shitty miserable life, still a caveman4lyfe, still hates everyone. But, 2014 was refreshing a kickstarter,a slow one, i've been sank into my own depression for so long i've been rusty about life, basically i forgot how to human.

I am in my own world, in my room, on my bed, the mattress already had few broken springs, i still lie on it everyday for most hours just doing my own thing, netflix,gaming, surfing, and wanking. It's a Sanctuary,still is and nobody can hurt me in here except the mattress that already caused me serious backpain, suffered from it everyday and still keeping it until i got enough money to buy a new one.

I wanted to type more, but im too lazy right now, let us see if i ever going to visit this blog again and write stuff, i wanted to delete my old post but i figure i'll let you guys read it, it's full of shit and phony writing, back then it was a try hard, well it does sounds true enough for me at that time, but i guess i've changed. not much, just got old and grumpy as ever and i'll slap my own past if i ever saw him for writing those piece of shit. But whatever, i was never good at expressing myself though, let alone writing it down, people just can't take me seriously. Eh, bless in disguise as i don't hold much responsibility in life, my Dad said im an irresponsible person, he's not wrong, but even if i want to, who the fuck would trust me?

Friday, August 26, 2011

Penghujung Ramadhan


Kita akan meninggalkan bulan Ramadhan. Pasti ramai yang semakin sibuk dengan persiapan menyambut kedatangan Syawal tahun ini. Saya sendiri tak terlepas dari kesibukan itu.

Apa-apapun diharapkan semoga semua amalan kita diterima tahun ini. mudah-mudahan berterusan hendaknya.

Kepada perantau yang akan pulang ke kampung halaman, tidak kira jenis apa pun kenderaan yang anda naiki,semoga selamat sampai ke destinasi.

Kerana satu-satunya tangisan di pagi raya ingin kita dengar hanyalah tangisan kemenangan umat Islam setelah sebulan mendisiplinkan diri dalam memerangi nafsu.

Bulan Ramadhan adalah satu Benchmark kepada diri kita,siapakah kita tergambar dengan perbuatan dan tingkahlaku kita semasa berpuasa. Belum lagi cerita bab amalan.

Bebaskah kita dari belenggu nafsu?keinginan,amarah, termasuk saya sendiri pun susah untuk mengawal mata dan percakapan. apatah lagi orang lain yang telah terbiasa dengan kata-kata yang kurang enak untuk didengar.

Sebelum entri ini menjadi lebih panjang,ada baiknya saya berhenti di sini. Di penghujung Ramadhan ini ingin saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas setiap tulisan atau kata-kata dan tingkah laku yang mungkin tidak sengaja mengguris hati anda. Moga kita semua aman dari sengketa sesama umat Islam, kerana kian hari perpecahan demi perpecahan melanda kita bagai ombak yang tiada surutnya. Jadikan Salam dan Maaf sebagai medium silaturrahim penyatuan umat walau zahir nya kita berbeza. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, July 17, 2011

Semalam Di Kota Kuchingku

Baru sampai kuching,kereta buat hal,nasib ada kawan punya kabel jumper,merajuk lantaran lama  ditinggal 2 minggu,terpaksa bawak pusing-pusing pujuk bagi ok,lepas tu bayar tidur sebab dalam bus tidak mungkin dapat tidur apabila lagu dangdut berkumandang.oh dan keesokan(sabtu malam) terus ke konsert Aizat Amdan Borneo Tour,terima kasih kepada Pihak Zakwan n Co. Advocates yang sudi menaja(ya aku mana ada duit nak layan konsert,tiket pun orang bagi,ingat aku kaya?? ). maka berbekalkan kamera aku ke sana mencari tempat di hadapan dalam Rock Zone.

Kenapa aku minat Aizat?tidak begini,aku tidaklah begitu minat tahap teras seperti peminat-peminat lain,lagu-lagu beliau memang menyentuh,dan jujur katakan aku tidak begitu kisah sehingga malam tadi merasakan irama bergenang dalam halwa telinga secara langsung.beliau juga motivasi untuk aku kuruskan badan,haha! :P

Altimet siapa tak kenal?(sila google)agak susah nak menangkap gambar beliau,tidaklah diketahui adakah kerana beliau terlalu banyak bergerak,ataupun aku yang sudah tak fokus nak ambil gambar sebab tengah syok waving my hands in the air dan melompat-lompat(tipu,aku tak lompat)habis nak buat macam mana,dah bertahun melayan lagu Syukur depan laptop,dapat tengok perform depan mata takkan aku nak jadi tripod kat depan tu?,hohoho maaf gambar kurang memuaskan dari segi noise,blur,compo dan apa apa lagi titik kesalahan yang boleh dicari,sedikit gambar yang diambil malam semalam.

Masterpiece Band,juara rentak lagu cats fm,memang bes!


Introducing Amir Jahari,from the street busking made it on stage,
good luck on your journey :)


Tak ingat la sapa nama gitaris ni,guitar straps berkilat-kilat,smart ah


Drawing love in the air





Anas Amdan,abang Aizat Amdan, cool orangnya
Altimet,tak perlu diceritakan lagi,memang ultimate performance!




dendangan lagu Kotarayaku versi Kota Kuchingku :)


Spread The Love











Dendangan Sungai Lui(versi Sape) - Aizat ft Jerry Kamit




Konsert Borneo Tour Urusan Aizat Amdan 16 July 2011

Aizat Amdan
Altimet
Masterpiece
Amir Jahari



Monday, June 6, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Kencana

pekat.nikmat,
dambaan bayangan neraka,
apakah kau belum pernah merasakan
kehancuran total dalam urusan dunia?
aku bingung sendirian
takut-takut ada badai yang menimpa,
sedang kau hanyut dalam gelora cinta,
cuba mencengkam ikatan yang terlerai,
dan aku bingung sendirian,
memikirkan badai datang menghambat,
dalam khusyuk melerai serabut fikiran,
dalam tirai lebat sang hujan malam,
terlerailah hijab terbukalah azab,
bara yang hampir padam menyala,
hati yang tenang datang menggila,
tak tertanggung nan kurasakan,
bingungku sendirian,

Mohon aku kepadaMu Tuhan,
aku ingin berlepas tangan
berikan aku jalan yang lain,
bebaskan cinta dusta ini,
tiada mahu aku membawa
hilangkan terkilanku ini
lenyapkan kesal ku,
ampunilah dosaku,
Engkau tariklah cinta ku padanya Ya Allah,
sesungguhnya tiada yang lebih layak selain DiriMu,