Friday, August 26, 2011

Penghujung Ramadhan


Kita akan meninggalkan bulan Ramadhan. Pasti ramai yang semakin sibuk dengan persiapan menyambut kedatangan Syawal tahun ini. Saya sendiri tak terlepas dari kesibukan itu.

Apa-apapun diharapkan semoga semua amalan kita diterima tahun ini. mudah-mudahan berterusan hendaknya.

Kepada perantau yang akan pulang ke kampung halaman, tidak kira jenis apa pun kenderaan yang anda naiki,semoga selamat sampai ke destinasi.

Kerana satu-satunya tangisan di pagi raya ingin kita dengar hanyalah tangisan kemenangan umat Islam setelah sebulan mendisiplinkan diri dalam memerangi nafsu.

Bulan Ramadhan adalah satu Benchmark kepada diri kita,siapakah kita tergambar dengan perbuatan dan tingkahlaku kita semasa berpuasa. Belum lagi cerita bab amalan.

Bebaskah kita dari belenggu nafsu?keinginan,amarah, termasuk saya sendiri pun susah untuk mengawal mata dan percakapan. apatah lagi orang lain yang telah terbiasa dengan kata-kata yang kurang enak untuk didengar.

Sebelum entri ini menjadi lebih panjang,ada baiknya saya berhenti di sini. Di penghujung Ramadhan ini ingin saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas setiap tulisan atau kata-kata dan tingkah laku yang mungkin tidak sengaja mengguris hati anda. Moga kita semua aman dari sengketa sesama umat Islam, kerana kian hari perpecahan demi perpecahan melanda kita bagai ombak yang tiada surutnya. Jadikan Salam dan Maaf sebagai medium silaturrahim penyatuan umat walau zahir nya kita berbeza. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment